Proton Exora ni memang banyak berjasa. Nak hantar anak sekolah, balik kampung, angkut barang — semua dia boleh. Tapi kalau Exora anda mula rasa berat bila tekan minyak, RPM naik tapi tak gerak, atau ada bunyi pelik, itu mungkin tanda awal gearbox dah mula meragam.
Ramai yang panik dan terus fikir, “Kena overhaul ke ni?”
Tenang dulu. Kita cerita satu-satu.
Tanda-Tanda Gearbox Dah Tak Sihat
Kalau anda pernah alami situasi macam ni, mungkin dah sampai masa untuk buat pemeriksaan:
-
Kereta berat masa nak mula gerak
-
RPM naik tinggi tapi tak ada pick-up
-
Gear rasa tersentak masa tukar
-
Bunyi dengung pelik masa jalan
-
Minyak gearbox nampak gelap atau berbau hangit
Kalau simptom ni dibiarkan lama-lama, boleh jadi kerosakan dalaman, macam clutch pack haus, valve body jem, atau CVT belt longgar atau putus.
Perlu Overhaul Terus ke?
Tak semestinya.
Ada kes yang cukup dengan tukar minyak CVT atau SCAN je untuk reset sistem je, terus elok semula. Tapi kalau kerosakan dah agak serius — misalnya gear asyik melompat atau langsung tak boleh jalan, overhaul mungkin satu-satunya jalan untuk selesaikan masalah tu secara total.
Tak tahu nak SCAN dan CHECK Kereta anda di mana ?
Bila Waktu Sesuai Untuk Periksa?
Kalau:
-
Exora anda dah lebih 100,000 km dan tak pernah tukar minyak CVT
-
Anda kerap rasa simptom pelik masa memandu
-
Anda baru beli Exora second-hand dan tak pasti bila last servis and checking
...itu semua sebab yang cukup kuat untuk bawa kereta anda buat pemeriksaan awal. Jangan tunggu sampai gearbox jem sepenuhnya baru nak ke bengkel — masa tu kos boleh cecah ribuan ringgit.
Jadi, Apa perlu kita buat ?
Gearbox ni ibarat jantung sistem pemanduan. Bila dah tunjukkan masalah awalan, boleh lah standby mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Kalau anda rasa prestasi Exora anda makin pelik, buatlah pemeriksaan awal. Lebih murah untuk rawat dari awal berbanding tunggu sampai perlu Overhaul.
Tak tahu nak tanya siapa ? Boleh Klik Link Disini
Nak lebih banyak tips kereta dan info jujur dari dunia bengkel sebenar?
Teruskan follow BobbyAuto Blogspot, kita akan terus share berkenaan dunia automotif.
No comments:
Post a Comment