Wednesday, 7 May 2025

Dari Kuda ke Kuasa Elektrik: Sejarah Evolusi Kereta Dunia

Ditulis oleh BobbyAuto


Zaman berubah, dan bersama dengannya, teknologi juga berkembang. Dari zaman di mana manusia bergantung kepada kuda untuk bergerak, kini kita hidup dalam era di mana kereta tanpa enjin pun boleh bergerak lebih laju daripada kereta lumba 50 tahun lalu. Tapi… pernahkah kita tanya: macam mana semua ni bermula?


Asal Usul: Dari Kereta Kuda ke Roda Revolusi

Sebelum enjin, ada kuda. Di Eropah abad ke-18, kenderaan utama manusia ialah kereta kuda. Tapi otak-otak bernas mula berfikir, boleh tak kita cipta “kuda mekanikal”?

Pada tahun 1769, seorang jurutera Perancis bernama Nicolas-Joseph Cugnot mencipta kenderaan stim pertama di dunia. Berat, perlahan, dan tak praktikal, tapi inilah pembuka jalan.




Revolusi Industri & Era EnjinPembakaran Dalaman

Revolusi Industri (sekitar 1760–1840) mempercepatkan inovasi. Keluli jadi murah, mesin jadi canggih, dan tiba-tiba dunia automotif mula mengorak langkah dalam situasi ini.

Tahun 1886, seorang Jerman bernama Karl Benz memperkenalkan kereta dengan enjin pembakaran dalaman (internal combustion engine). Model ini, Motorwagen, dikira sebagai kereta moden pertama di dunia.

Lepas tu, nama-nama besar mula muncul:


Evolusi Teknologi & Komponen

Tahun demi Tahun, Dekad demi dekad, kereta jadi lebih laju, lebih selesa, dan lebih pintar. Gear manual ke Gear Automatik, power steering, brek ABS, sistem turbo, dan kini, kereta boleh ‘berfikir’ sendiri.

Tapi satu mekanisma yang kekal dominan hampir 100 tahun: enjin pembakaran dalaman (ICE).


Masuk Era Elektrik: EV Mengubah Segalanya

Walaupun kereta elektrik dah wujud sejak awal 1900-an, baterinya besar, lemah, dan mahal. Tapi semuanya berubah selepas 2010.

Masuklah nama seperti:

Kini, EV bukan lagi pilihan, tapi masa depan. Malaysia sendiri semakin terbuka dengan EV, dari segi infrastruktur pengecasan, insentif cukai, hingga perbincangan tentang tenaga hijau.


Kesimpulan Dari Saya, BobbyAuto

Kenderaan sudah sebati dalam pergerakan manusia sejak zaman berzaman. Dari kereta kuda ke kereta elektrik, satu perkara kekal sama: manusia tak pernah berhenti berfikir, bertindak, berevolusi dan bergerak ke hadapan.

Sebagai seseorang yang suka memandu, dan suka akan dunia automotif, saya boleh katakan.

“Kenderaan, di zaman moden ini iaitu kereta bukan sekadar mesin. Ia cerminan ketamadun manusia.”

 

No comments:

Post a Comment

Keluar Kod P0740 & P0741 – Kena Terus tukar Torque Converter ?

Kereta rasa berat nak jalan? RPM naik tinggi tapi kereta tak laju? Kadang gear masuk lambat, kadang rasa macam tergelincir? Kalau scan kelu...