Thursday, 22 May 2025

Keluar Kod P0740 & P0741 – Kena Terus tukar Torque Converter ?

Kereta rasa berat nak jalan? RPM naik tinggi tapi kereta tak laju? Kadang gear masuk lambat, kadang rasa macam tergelincir?

Kalau scan keluar kod P0740 atau P0741, itu dah cukup jadi petunjuk untuk kita yang torque converter tengah PROBLEM

Jadi, Apa Antara Punca Dia ?

Masalah ni biasanya berlaku bila:

  • Minyak gearbox kotor/cair

  • Solenoid torque converter mula lemah

  • Wiring putus atau ECU tak bagi arahan betul

  • Atau paling teruk, torque converter tu sendiri dah nazak


🔧 P0740 = Circuit Problem

Sistem kawalan clutch dalam torque converter tak jalan betul. Kadang tak lekat, kadang tak lepas.

🔧 P0741 = Lockup Revolution

Torque converter clutch tak lekat masa sepatutnya lock. Ini yang buat RPM tak turun masa cruising, kereta makan minyak lebih, sebab ada beban yang tidak perlu


📉 Simptom Lain:

  • Gear masuk kasar

  • Kereta gegar sikit masa tukar gear

  • Lampu check engine menyala

  • Gearbox overheat


 Tips:

✅ Kalau minyak gearbox dah lebih 40,000 km tak tukar, cepat-cepat tukar
✅ Scan dulu – tengok betul ke datang dari torque converter
✅ Kalau dah tukar minyak tapi masalah sama, Solenoid atau Valve Body mungkin menjadi penyebabnya


Jangan Tunggu Sampai Gearbox Jem!

Tersangkut tepi jalan sebab gearbox rosak memang menyusahkan. Kalau dah rasa pelik tu bila drive, cepat-cepatlah pergi ke bengkel terdekat untuk check kereta anda sebelum rosak dan tersadai.

👉 Nak tahu kos baiki atau buat appointment scan? 

Klik sini : Scan/Check Kereta

Tuesday, 20 May 2025

Kereta Honda keluar Kod P0843, Sensor Tekanan Bermasalah ? Apa patut anda lakukan ?

 “Kenapa kereta aku rasa pelik masuk gear ni? Rasa macam kasar, lambat masuk… check engine light pun dah menyala.”

Kalau situasi ni berlaku kat Honda Civic anda, ada kemungkinan besar kereta tu tengah ada masalah iaitu, Kod P0843.


📟 Apa Maksud Kod P0843?

Kod ni merujuk kepada masalah pada Transmission Fluid Pressure Sensor/Switch "A" – lebih tepat, bacaan sensor terlalu tinggi dari sepatutnya. Sensor ni kerja dia monitor tekanan minyak dalam sistem gearbox CVT. Kalau dia salah baca, tukar gear pun boleh jadi serabut.


Simptom-Simptom Yang Muncul

  • Gear masuk kasar, rasa tersentak

  • Gear lambat respond

  • Check Engine Light menyala

  • Kadang-kadang kereta jadi slow, masuk ‘limp mode’

Macam kereta hilang semangat. Tapi bukan sebab enjin, sebab sensor gearbox!

🧩 Antara punca-punca berlaku ?

  1. Sensor tu sendiri dah uzur – lama tak tukar minyak pun boleh jadi.

  2. Wiring problem – wayar longgar atau kena air.

  3. Minyak gearbox dah kotor sangat – especially kalau tak pernah flush.

  4. Masalah ECU – jarang, tapi ada kes.


🔧 Apa Nak Buat?

Kalau jadi kat kereta anda, jangan panik. Tapi jangan biar juga. Boleh:

  • Pergi bengkel yang ada scanner OBD2 – mintak check kod. Tak tahu nak check dekat mana ? Boleh klik link disini !

  • Tengok minyak gearbox – warna gelap, bau hangit? Pergi servis !

  • Kalau ada bajet, terus tukar sensor baru.

  • Nak mudah, terus pergi bengkel yang di percayai dan buat inspection full.


💰 Kos Anggaran

  • Scan kod + check: RM0 – RM50

  • Tukar sensor: RM150 – RM450 bergantung kepada harga pasaran

  • Tukar minyak CVT: RM250 – RM450 bergantung kepada harga minyak dan upah bengkel

  • Overhaul? Paling ngeri – RM3,500 ke atas.

Jangan tunggu simptom jadi makin teruk baru nak check. Bila sensor tekanan bermasalah, dia boleh ganggu shifting logic — dan lama-lama rosakkan komponen dalam. Bila rosak dalam, tu yang sampai kena overhaul.


Jadi apa perlu kita buat ?

P0843 ni bukan “rosak berat” jika kita dapat detect awal, tapi dia permulaan kepada masalah besar. Sensor tekanan gearbox bukan benda main-main.

Lagi cepat detect, lagi murah kos anda.
Lagi lama tunggu, makin menangis poket anda.

Nak tahu lebih lanjut pasal masalah gearbox ?
📍 Kunjungi laman sesawang kami di gearboxcvt.com

Monday, 19 May 2025

P0100 – Bila Sensor MAF Buat Hal, Kereta Pun Boleh Jadi Lembap

 “Kenapa kereta semput? Pickup macam hilang?”

Kalau ini yang kau rasa masa drive, dan bila scan keluar Kod P0100, itu tandanya ada masalah dengan MAF Sensor – iaitu Mass Air Flow Sensor.


Apa Fungsi Sensor MAF?

Sensor ni ukur jumlah udara yang masuk ke enjin. Dari situ, ECU (komputer kereta) akan tentukan berapa banyak minyak nak campur. Kalau sensor ni bagi bacaan salah, campuran udara & minyak jadi tak seimbang, dan prestasi enjin terus merosot.

Bila Kod P0100 Keluar, Apa Maksudnya?

Ringkas je – ada masalah pada litar sensor MAF. Ini antara punca biasa:

  • Sensor MAF kotor atau rosak

  • Wayar putus atau sambungan longgar

  • ECU tak dapat baca data dari sensor tu

Simptom Biasa Bila Sensor MAF Rosak:

  • Minyak kuat, kereta berat

  • Pickup lembap walaupun tekan pedal

  • Lampu Check Engine menyala

  • Kadang-kadang gear pun tukar tak smooth

Kesan Pada Gearbox?

Ya, walaupun ini masalah sensor enjin, gearbox automatik juga terima data dari MAF Sensor. Bila data tu salah, sistem tak dapat tukar gear dengan tepat. Ini yang buat gear rasa tersentak atau lambat masuk.


Apa Nak Buat?

Jangan terus tukar sensor. Try bersihkan dulu, sebab banyak kes cuma sensor kotor je. Tapi kalau lepas bersih tetap keluar P0100, mungkin dah sampai masa tukar baru.

Nak Elak Ditipu Bengkel?

Scan dulu. Faham kod yang keluar. Jangan terus percaya bila mekanik kata kena overhaul. Sebab kadang-kadang, masalahnya cuma sensor je. Tak tahu nak scan dekat mana ? Klik link disini

Kalau kau nak lebih banyak tips macam ni, follow blog BobbyAuto. Saya bantu anda faham kereta anda dengan bahasa yang mudah sekali !

Thursday, 15 May 2025

Proton Exora Berat Nak Masuk Gear? Ini Mungkin Sebabnya

Proton Exora ni memang banyak berjasa. Nak hantar anak sekolah, balik kampung, angkut barang — semua dia boleh. Tapi kalau Exora anda mula rasa berat bila tekan minyak, RPM naik tapi tak gerak, atau ada bunyi pelik, itu mungkin tanda awal gearbox dah mula meragam.

Ramai yang panik dan terus fikir, “Kena overhaul ke ni?”
Tenang dulu. Kita cerita satu-satu.

Tanda-Tanda Gearbox Dah Tak Sihat

Kalau anda pernah alami situasi macam ni, mungkin dah sampai masa untuk buat pemeriksaan:

  • Kereta berat masa nak mula gerak

  • RPM naik tinggi tapi tak ada pick-up

  • Gear rasa tersentak masa tukar

  • Bunyi dengung pelik masa jalan

  • Minyak gearbox nampak gelap atau berbau hangit

Kalau simptom ni dibiarkan lama-lama, boleh jadi kerosakan dalaman, macam clutch pack haus, valve body jem, atau CVT belt longgar atau putus.


Perlu Overhaul Terus ke?

Tak semestinya.

Ada kes yang cukup dengan tukar minyak CVT atau SCAN je untuk reset sistem je, terus elok semula. Tapi kalau kerosakan dah agak serius — misalnya gear asyik melompat atau langsung tak boleh jalan, overhaul mungkin satu-satunya jalan untuk selesaikan masalah tu secara total.

Tak tahu nak SCAN dan CHECK Kereta anda di mana ?

Boleh Klik Link Disini


Bila Waktu Sesuai Untuk Periksa?

Kalau:

  • Exora anda dah lebih 100,000 km dan tak pernah tukar minyak CVT

  • Anda kerap rasa simptom pelik masa memandu

  • Anda baru beli Exora second-hand dan tak pasti bila last servis and checking

...itu semua sebab yang cukup kuat untuk bawa kereta anda buat pemeriksaan awal. Jangan tunggu sampai gearbox jem sepenuhnya baru nak ke bengkel — masa tu kos boleh cecah ribuan ringgit.




Jadi, Apa perlu kita buat ?

Gearbox ni ibarat jantung sistem pemanduan. Bila dah tunjukkan masalah awalan, boleh lah standby mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Kalau anda rasa prestasi Exora anda makin pelik, buatlah pemeriksaan awal. Lebih murah untuk rawat dari awal berbanding tunggu sampai perlu Overhaul.

Tak tahu nak tanya siapa ? Boleh Klik Link Disini

Nak lebih banyak tips kereta dan info jujur dari dunia bengkel sebenar?
Teruskan follow BobbyAuto Blogspot, kita akan terus share berkenaan dunia automotif.

Tuesday, 13 May 2025

“Check Engine” Menyala? Jangan Panik Dulu, Kenali Dulu Fault Code Tu!

 

Pernah tak tengah drive elok-elok, tiba-tiba lampu "Check Engine" menyala? Hati mula berdebar. Bila sampai bengkel, mekanik cucuk alat scanner... keluar kod pelik-pelik — terus dia cakap, “kena overhaul gearbox ni bang.”

Sabar dulu. Jangan terus overhaul dan percaya.

Apa Itu “Fault Code”?

Zaman sekarang, kereta dah makin pintar. Bila ada masalah, sistem komputer dalaman akan rekodkan kod tertentu — yang kita panggil fault code atau DTC (Diagnostic Trouble Code).

Kod ini boleh dibaca guna alat OBD2 Scanner, dan ia bagitahu apa dan kat mana sistem rosak.

Contohnya:

  • P0300 – Enjin misfire (letupan tak sempurna)

  • P0420 – Masalah catalytic converter

  • P0700 – Sistem transmisi (gearbox) bermasalah

Kalau huruf depan kod tu “P”, maksudnya berkaitan Powertrain – Enjin atau Gearbox.


Tak Semua Kod Bermaksud Kereta “Nazak”

Ramai pemilik kereta terus takut bila nampak kod keluar, tapi sebenarnya bukan semua masalah perlukan overhaul.

Kadang-kadang punca dia:

  • Sensor longgar

  • Minyak gearbox dah kotor

  • Karbon banyak terkumpul

  • ECU kena reset je

Contoh paling biasa? Kod P0740, sistem torque converter/Clutch Circuit bermasalah. Tapi bukan terus tukar gearbox. Kadang tukar minyak gearbox/ tukar sensor yang berkaitan pun dah cukup.


Tips Elak Kena “Kencing” Kat Bengkel:

✅ Bila fault code keluar, ambil gambar dulu
Google maksud kod tu, atau rujuk blog macam ni
✅ Tanya pendapat orang lain dahulu
✅ Cuba servis tukar bendalir berkaitan 
✅ Jangan terus setuju bila bengkel cakap “kena tukar semua”


Penutup

Zaman sekarang, pengetahuan adalah pelindung. Bila anda faham apa itu fault code, anda boleh buat keputusan lebih bijak — dan tak mudah kena sembelih kat bengkel.

📌 Kalau nak tahu lebih lanjut pasal kod OBD2 ni, stay tune kat blog BobbyAuto — saya akan kongsi lebih banyak tips, simptom, dan cara elak kena tipu.

📲 Ada kod yang muncul pada kereta anda dan tak tahu nak buat apa ? 

Boleh klik link ini untuk penyelesaian 


Wednesday, 7 May 2025

Dari Kuda ke Kuasa Elektrik: Sejarah Evolusi Kereta Dunia

Ditulis oleh BobbyAuto


Zaman berubah, dan bersama dengannya, teknologi juga berkembang. Dari zaman di mana manusia bergantung kepada kuda untuk bergerak, kini kita hidup dalam era di mana kereta tanpa enjin pun boleh bergerak lebih laju daripada kereta lumba 50 tahun lalu. Tapi… pernahkah kita tanya: macam mana semua ni bermula?


Asal Usul: Dari Kereta Kuda ke Roda Revolusi

Sebelum enjin, ada kuda. Di Eropah abad ke-18, kenderaan utama manusia ialah kereta kuda. Tapi otak-otak bernas mula berfikir, boleh tak kita cipta “kuda mekanikal”?

Pada tahun 1769, seorang jurutera Perancis bernama Nicolas-Joseph Cugnot mencipta kenderaan stim pertama di dunia. Berat, perlahan, dan tak praktikal, tapi inilah pembuka jalan.




Revolusi Industri & Era EnjinPembakaran Dalaman

Revolusi Industri (sekitar 1760–1840) mempercepatkan inovasi. Keluli jadi murah, mesin jadi canggih, dan tiba-tiba dunia automotif mula mengorak langkah dalam situasi ini.

Tahun 1886, seorang Jerman bernama Karl Benz memperkenalkan kereta dengan enjin pembakaran dalaman (internal combustion engine). Model ini, Motorwagen, dikira sebagai kereta moden pertama di dunia.

Lepas tu, nama-nama besar mula muncul:


Evolusi Teknologi & Komponen

Tahun demi Tahun, Dekad demi dekad, kereta jadi lebih laju, lebih selesa, dan lebih pintar. Gear manual ke Gear Automatik, power steering, brek ABS, sistem turbo, dan kini, kereta boleh ‘berfikir’ sendiri.

Tapi satu mekanisma yang kekal dominan hampir 100 tahun: enjin pembakaran dalaman (ICE).


Masuk Era Elektrik: EV Mengubah Segalanya

Walaupun kereta elektrik dah wujud sejak awal 1900-an, baterinya besar, lemah, dan mahal. Tapi semuanya berubah selepas 2010.

Masuklah nama seperti:

Kini, EV bukan lagi pilihan, tapi masa depan. Malaysia sendiri semakin terbuka dengan EV, dari segi infrastruktur pengecasan, insentif cukai, hingga perbincangan tentang tenaga hijau.


Kesimpulan Dari Saya, BobbyAuto

Kenderaan sudah sebati dalam pergerakan manusia sejak zaman berzaman. Dari kereta kuda ke kereta elektrik, satu perkara kekal sama: manusia tak pernah berhenti berfikir, bertindak, berevolusi dan bergerak ke hadapan.

Sebagai seseorang yang suka memandu, dan suka akan dunia automotif, saya boleh katakan.

“Kenderaan, di zaman moden ini iaitu kereta bukan sekadar mesin. Ia cerminan ketamadun manusia.”

 

Tuesday, 6 May 2025

Kereta Marhaen Malaysia, Myvi King sudah turun takhta ?

Kembali lagi dalam blog Bobby Auto. Tahukah anda bahawa, mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, Perodua Myvi telah jatuh ke kedudukan ke-3 sebagai model kereta yang dijual pada tahun 2024  iaitu sebanyak 72,214 buah unit yang terjual

Di ikuti tempat kedua, Perodua Axia sebanyak 88,137 buah unit yang terjual. Jadi sekarang, adakah anda tahu model kereta apa yang paling laris dan banyak terjual di Malaysia ?

PERODUA BEZZA LAH JAWAPANNYA !

Dengan jumlah 100,814 unit yang terjual, Perodua Bezza kini menjadi pilihan pertama dalam pemilikan kereta bagi rakyat Malaysia yang baru memulakan alam pekerjaan, mahupun yang dah usang pun beli jugak kereta bezza ni hahahahahaha.

Bagi saya, antara sebab kereta ini menjadi pilihan, sebab saiz nya sedan yang sedang2, penggunaan petrol yang boleh dikatakan jimat. Bertransmisi Auto 4 Kelajuan, dan beberapa fungsi-fungsi lain yang amat dekat dengan Rakyat Malaysia secara keseluruhannya.


Jadi, adakah salah seorang pengguna Perodua Bezza ini ?
Sila komen. Dan jangan lupa terus follow blog ini ya !


Keluar Kod P0740 & P0741 – Kena Terus tukar Torque Converter ?

Kereta rasa berat nak jalan? RPM naik tinggi tapi kereta tak laju? Kadang gear masuk lambat, kadang rasa macam tergelincir? Kalau scan kelu...